Jangan Abaikan Mereka!
Masa Depan mereka sangat bergantung kepada apa yang kita rancang.
Cuma tinggalkan detail sebagai langkah pertama.
Bolehkah kita dapatkan penjaga gantian yang relahati?

Kita mungkin tak dapat jaga mereka sampai bila-bila. Tapi apa yang kita boleh buat sekarang, untuk jaga masa depan mereka?
Sebagai seorang ayah, kita mungkin kurang luahkan perasaan sebab lagi banyak fikir tentang macam mana nak sediakan kehidupan yang paling baik untuk keluarga.
Tapi bila ada anak autism ni, ada satu benda yang mungkin selalu bermain di fikiran:
“Kalau satu hari nanti aku dah tak ada, siapa yang nak pastikan anak aku ni terus terjaga?”
Mereka masih perlukan tempat tinggal, makanan, penjagaan, rawatan dan seseorang yang memahami dunia mereka.
Kita memang tak akan ada dengan mereka sampai bila-bila.
Tapi kita masih boleh rancang supaya mereka terus ada apa yang mereka perlukan, walaupun kita dah tak ada.

Berat kan ayat tu? Tapi bagi sesetengah ibu yang membesarkan anak autism, itulah bisikan kata hati yang kadang-kadang terlintas.
Bukan sebab mereka tak sayangkan anak.
Ini sebab mereka terlalu sayang dan kesiankan anak mereka.
Suatu hari nanti, kalau ibu ini sudah tiada, soalannya mungkin:
“Siapa yang boleh faham dan jaga anak saya seperti saya?”
Kitalah yang paling tahu rutin, keperluan dan benda-benda yang buat mereka selesa.
Kita memang tak mampu kawal masa depan.
Tapi kita boleh buat persiapan. Supaya nanti, walaupun kita dah tak ada, mereka masih ada apa yang mereka perlukan.

Makanan
Tempat
Tinggal
Therapy dan Rawatan
Pakaian



Sibuk Sangat Hari Ini, Sampai Terlupa Hari Esok.
Tiap-tiap hari, parents sibuk menguruskan terapi, sekolah, perkembangan anak, kerja dan cari duit.
Sampai kadang-kadang, terlepas pandang rancangan masa depan anak.
Bukan sebab tak nak merancang, tapi sebab hal hari ini pun dah banyak nak kena selesaikan.
Tapi masa tetap berjalan. Bila kita nak mula fikir supaya anak tak melarat nanti?

Cerita sikit tentang situasi anda supaya kami boleh faham apa yang anda perlukan sebelum kita berbincang dengan lebih lanjut.





Ya memang sebak... Tapi kalau kita tak buat apa-apa persediaan untuk masa depan mereka LAGI KESIAN.
Walau pun kita tak tahu apa nak jadi nanti, kita boleh je buat plan nya sekarang.

Planning yang wajib ada bukan setakat berapa banyak duit yang nak kena ada.
Tetapi siapa yang akan uruskan, bagaimana nak sampaikan pada anak, dan macam mana kita nak buat dia jadi sokongan jangka panjang.
Jadi saya nak perkenalkan pada anda
Apa model program AFC?
Dalam AFC, Kita Akan Bincangkan Framework Penjagaan Masa Depan Mereka.
Kami nak bantu ibu bapa untuk lihat keperluan anak untuk jangka masa panjang — daripada A hingga Z.
Insya Allah, kita bincang sama-sama macam mana nak buat persediaan supaya apa yang kita usahakan hari ini boleh terus bantu mereka nanti.


Hi, kami Roz & Darul .
Kami sendiri direzekikan dengan anak-anak istimewa Ammar & Marsha dalam keluarga kami. Oleh itu kami sedar untuk anak-anak ini, betapa pentingnya meninjau persiapan masa depan walau pun sibuk menguruskan hal-hal semasa.
Semoga kami boleh memberi manfaat kepada anda juga. Insya Allah kita jumpa nanti.
Dah sedia untuk bincang tentang masa depan anak anda? Letakkan detail dan kami akan hubungi untuk bantu anda.
“Autism is not a tragedy. Ignorance is a tragedy.” — Kim Stagliano
P.S. — Sebelum kita terlepas pandang lagi.
Selama ini pun kita mungkin tak sempat rancang. Tapi kalau kita sendiri pun tak buat rancangan untuk anak kita ni, kita nak harapkan siapa?
Copyright 2026 | autism.rozlinah.com - Disclaimer